22 Februari 2024 (Sabtu)
Perkhemahan Orientasi dan Sambutan Hari Pengasas Pengakap Daerah Tengkera
Program tersebut telah berlangsung dengan penuh semangat dan meriah di SMK Methodist (ACS) dengan bertujuan untuk memupuk semangat kepengakapan dalam kalangan ahli serta memperingati jasa pengasas pergerakan Pengakap, Lord Baden-Powell.
Perkhemahan yang berlangsung selama dua hari satu malam ini telah disertai oleh lebih 80 ahli pengakap dari pelbagai sekolah sekitar daerah Tengkera. Sepanjang program, peserta telah menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti latihan asas perkhemahan, ikatan dan simpulan serta permainan. Selain itu, dua pertandingan mewarna poster dan pertandingan simpulan dan ikatan serta mini pioneering telah diadakan bersama.
Program ini telah disempurnakan oleh Naib Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Tengkera Negeri Melaka, Encik Koh Qi Min, yang dalam ucapannya menekankan kepentingan nilai kepimpinan, disiplin, dan semangat berpasukan dalam setiap aktiviti Pengakap. "Program seperti ini bukan sahaja mengajar kemahiran hidup tetapi juga memupuk jati diri dan keprihatinan terhadap masyarakat serta alam sekitar," katanya.
Dengan akhirnya, PPM Daerah Tengkera berharap agar semangat kepengakapan terus subur dalam kalangan generasi muda dan mereka terus berbakti kepada masyarakat selaras dengan prinsip dan nilai yang ditekankan dalam pergerakan Pengakap di Negeri Melaka.