14 Mac 2025 (Jumaat)
Pihak Majlis Pengakap Negeri Melaka telah menyampaikan bantuan Pentadbiran sebanyak RM 1,500 bagi semua PPM Daerah-daerah dalam negeri Melaka meliputi PPM Daerah Tengkera, PPM Daerah Kota, PPM Daerah Masjid Tanah, PPM Daerah Alor Gajah, PPM Daerah Merlimau dan PPM Daerah Jasin. Bantuan ini diberikan sebagai bantuan bagi pengurusan dan aktiviti bagi tahun 2025 sebagaimana diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan PPM Melaka pada tahun 2024 yang lalu.
Dalam majlis yang sama juga pihak PPM Pengakap Daerah menerima bantuan berupa uniform Pengakap dari pihak Lion Club Melaka sebanyak 200 pasang uniform Pengakap bagi setiap daerah dari pihak Lion Club Melaka. Sebanyak 1,200 pasang uniform pakaian Pengakap telah diedarkan kepada semua daerah dalam PPM Melaka dari pihak Lion Club Melaka.
Wakil PPM Daerah telah diketuai oleh semua Pesuruhjaya Pengakap PPM Daerah masing masing beserta Wakil Majlis Pengakap Daerah masing masing. Manakala pihak Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri diwakili beberapa pegawai yang hadir sebagai wakil diketuai oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka.
Majlis Penyampaian telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Mohd Ridhwan Ali mewakili pihak Majlis Pengakap Negeri Melaka di satu majlis di bandar Melaka pada 14 Mac 2024. Semoga dengan bantuan ini dapat menjadikan semua PPM Daerah dalam negeri Melaka menjadi maju dan gemilang pada tahun ini