Seminar Lencana keahlian, Lencana Wajib & Kegemaran Pengakap Kanak-Kanak 2025



[15/3/2025]

PPM Daerah Tengkera Negeri Melaka telah menjalankan Seminar Lencana Keahlian, Lencana Wajib & Kegemaran Pengakap Kanak-Kanak bagi tahun 2025.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada ahli pengakap kanak-kanak yang telah mengambil langkah pertama dalam menyertai dunia pengakap! Hari ini, anda semua telah melangkah ke satu fasa baru dalam kehidupan, satu fasa yang penuh dengan pembelajaran, cabaran, dan pengalaman yang luar biasa. Menjadi ahli pengakap bukan hanya sekadar menyertai satu aktiviti, tetapi ia adalah satu komitmen untuk mengasah kemahiran diri, membentuk keperibadian yang mulia, serta memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling.

Sekali lagi, tahniah di atas keberanian anda untuk memulakan langkah ini. Kami percaya, setiap satu daripada anda mempunyai potensi untuk menjadi pengakap yang cemerlang dan berjaya. Marilah kita mulakan perjalanan ini dengan semangat yang tinggi, dengan hati yang terbuka untuk belajar, dan dengan komitmen untuk menjadi pengakap yang terbaik. 

Selain itu, juga berterima kasih kepada pemimpin sekolah, pen. pemimpin dan ibu bapa yang menghadiri bersama.
Sebarang pertanyaan berkenaan dengan program yang akan datang adalah dialu-alukan .