13 Mac 2025 (Khamis)
Lawatan kunjung hormat kepada Lt.Kol Nor Azman Shamimi, Pegawai Memerintah, Regimen 881 Pasukan Udara Tentera Darat oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka telah diadakan pada 13 Mac 2025 bagi membincangkan urusan kerjasama bersama Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka dalam pembangunan Pengakap Udara dan aktiviti bagi tahun 2025. Dalam perbincangan ini pihak PPM Negeri Melaka merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Rejimen 881 (PUTD) Pasukan Udara Tentera Darat atas kesudian dalam kunjungan dan kesediaan melaksanakan kerjasama pada tahun 2025.