13 Mac 2025 ( Khamis)
Program Bicara Profesional Pemimpin-pemimpin Pengakap Daerah Jasin telah diadakan dengan jayanya.. Program yang berlangsung di dewan Yusof Ahmad PPD Jasin ini telah dihadiri oleh seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada barisan Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Daerah Jasin dan pemimimpin-pemimpin pengakap daerah Jasin.
Program ini telah dirasmikan oleh Ts Mohd Hilmi bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. Turut dihadiri Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka En. Mohamad Firdauz bin Hamzah, Pn. Norizan binti Ishak Basri, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka, Tn. Hj Helmy bin Mustafa, Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Jasin dan En. Yusni bin Salami, Penolong PPD Unit Pembangunan Bakat Murid PPD Jasin.