Program Bubur Lambuk Pengakap Merlimau telah berjaya diadakan dengan kerjasama Masbiru Group di Pekan Merlimau. Program bermula seawal 8.00 pagi yang melibatkan aktiviti memasak dua periuk bubur lambuk dengan penglibatan seramai 27 orang ahli Pengakap Muda dan Pengakap Remaja dari SMK Dang Anum, SMK Pernu, SMK Telok Mas dan SMK Sungai Rambai. Pengakap Kelana A Merlimau turut serta dalam program ini.
Edaran bubur lambuk bermula jam 2.30 petang sehingga jam 4.00 petang. Program turut dihadiri Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka, Puan Norizan binti Ishak Basri. Keadaan cuaca yang baik telah membantu melancarkan pengedaran bubur lambuk. Moga program ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.
#pengakapmerlimau
#pengakapmelaka
#pengakapmalaysia