Pada 8 Mac 2025, Pengakap Negeri Melaka telah menghantar wakil bagi menghadiri Mesyuarat Tahunan dan LAB Kepimpinan Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan 2025 yang dipengerusikan oleh En Noor Azmi bin Ujang, Pengerusi Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan.
Pengakap Negeri Melaka diwakili oleh:
✅ En Muhammaddin bin Januddin– Pesuruhjaya Ibu Pejabat
✅ Muhammad Zulhusnie bin Khalib
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan hala tuju dan perancangan strategik Pengakap Laut di peringkat kebangsaan serta memperkukuhkan kepimpinan dalam kalangan pegawai dan ahli pengakap.
Pengakap Negeri Melaka komited untuk terus menyokong dan memperkukuhkan peranan Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan dalam usaha memperkasakan kepimpinan dan hala tuju Pengakap Laut Malaysia. Bersama-sama kita melangkah ke hadapan, berkhidmat dengan penuh dedikasi demi kegemilangan Pengakap Laut!
#PengakapMelaka
#PengakapLautKebangsaan
#KepimpinanPengakap
#MalaysiaMadani
#BerkhidmatUntukNegara