Program Singgah Sahur oleh Merlimau Rovers (Pengakap KELANA A)





Pada 8 dan 9 Mac 2025, Merlimau Rovers (Pengakap Kelana A) telah mengadakan program Singgah Sahur yang merupakan aktiviti berkongsi juadah sahur. Program tahunan ini bermula dengan gotong-royong memasak pada jam 9.30 malam. Agihan juadah sahur bermula jam 11.30 malam pada 8 Mac 2025 dan berakhir jam 1.30 pagi pada 9 Mac 2025. 

Program turut disertai Pesuruhjaya Daerah Merlimau, En. Muhamad Haris bin Sawalludin dan Ahli Majlis Pengakap Daerah Merlimau, En. Mohammad Zikrilhakim bin Jalani. Lebih 60 pek makanan telah diedarkan di beberapa lokasi seperti Balai Polis Sungai Rambai, Balai Polis Merlimau dan Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau.

#pengakapmerlimau 
#pengakapmelaka 
#pengakapmalaysia